.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

REFLEKSI DIRI

Alhamdullillah… sepanjang projek ctu kami ini… tamadun china… untuk aspek social dan pendidikan ini… kami sekumpulan telah mempelajari banyak perkara baru dan juga yang lama… ( menambah ilmu yang sudah ada) … dan kami telah menceritakan segala tentang pemahaman kami … dan pengisian ilmu kami… juga dapatan hasil kerja kami…serta jalan cerita kami di blog ini…

Jadi sebagai refleksi diri… masyarakat cina sememangnya kita kenali mereka dengan sikap yang mementingkan ilmu… masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… masyarakat yang pembersih… masyarakat yang amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibu bapa…

Sikap pentingkan ilmu  ini sangat dituntut oleh semua orang seharusnya… tidak kiralah berlainan jenis kaum, bangsa , agama, taraf hidup… ianya sepatutnya tersemat di hati semua orang.. terutamanya PELAJAR seperti kami…  dengan melihat kan kerajinan masyarakat cina dalam mencari ilmu… kami sehati sejiwa untuk tanamkan niat di dada kami ini agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita kami… jika orang cina boleh lakukannya … kenapa tidak kami… In sya allah…

Orang cina sebagai masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… rakan sekelas kami bercerita tentang pengalamannya melihat seorang anak cina yang tegas terhadap ibunya yang mempunyai masalah kaki… hal ini jika dilihat secara positif… sebenarnya anak ini tidak mahu ibunya malas dalam memulihkan kesihatan beliau… sekiranya anak itu tidak tegas… maka si ibu tadi akan malas untuk melakukan senaman kaki dan kemudian akan lambat pulih… jadi apa yang kami dapat peroleh di sini ialah… kita seharusnya tegas dan mempunyai sikap berdikari dalam menjalani kehidupan… kerana sekiranya kita abaikan sikap ini… nescaya kita akan menjadi seorang yang cuma tahu disuap… tetapi tidak pandai menyuap…

Seterusnya masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibubapa… orang cina menerima agama Confucius yang meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li), iaitu anak patuh pada ibu bapa…Adik patuh pada abang… Isteri patuh pada suami… Murid patuh pada guru…Rakyat patuh pada raja… dimana 3 yang terawal membabitkan hubungan di dalam satu keluarga… ianya tidak lari dengan ajaran islam yang menunutut kita untuk melakukan perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan kerana … berdasarkan al-Quran…  hubungan anak dan ibu bapa adalah berdasarkan hak dan tanggungjawab…


Dengan ini… apa yang kami dapat simpulkan ialah… tamadun china mempunyai sesuatu yang kita boleh ikuti dalam seharian hideup kita… dengan ini juga… berakhirlah projek titas kami… di dalam blog ini… berakhirlah kisah dan coretan’ Islamic studies’ (kami…) In sya allah jika ada penambah baikan kami akan perbaiki lagi… diharapkan anda semua mendapat manfaat dalam menerokai blog kami ini … shukran…J

PROJEK TERAKHIR KAMI - PEMBUATAN PADLET

30/11/2014

    Setelah perjalanan projek kami hampir ke penghujungnya, kami dikehendaki untuk membuat padlet sebagai pembentangan terakhir kami. Pembentangan ini akan berlangsung pada minggu ke 14...

ini adalah padlet akhir kami...
Semua isi yang ingin dibentangkan adalah berdasarkan dapatan kajian kami sepanjang projek ini dilaksanakan...

dapatan kajian kami...

    Sepanjang projek ini berlangsung banyak iktibar dan pengajaran yang kami perolehi dan diharap kepada siapa yang kami beri manfaat itu melalui pamphlet dan usrah akan mendapat kesannya... In shaa Allah…

layarilah... http://padlet.com/uwa95_leo/chinactu551

PERBINCANGAN TENTANG PADLET DAN DAPATAN KAJIAN

26/11/2014

Pada hari tersebut kami telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan tentang padlet. Tetapi demi menjimatkan masa, kami membincangkan sekali tentang dapatan kajian setakat ini dalam projek kami sebelum pembentangan terakhir projek kami...

kami melakukan perbincangan kali ini di PTAR perpustakaan yang hanya ada di puncak alam...

Perbincangan padlet kami merangkumi semua aspek yang telah kami post kan di blog sebelum ini. Termasuklah pengenalan tentang aspek pendidikan dan sosial tamadun china, temubual bersama responden, dan manfaat yang telah diberikan kepada pelajar uitm dalam memahami tamadun china...

disebabkan keselesaan yang ada kami mengadakan perbincangan lebih lama sedikit... untuk membincangkan tentang padlet... dan dapatan kajian kami...

DAPATAN ATAU HASIL SESI SOAL SELIDIK


Kami telah mengedarkan sebanyak 15 helai borang soal selidik... kepada 15 orang pelajar UITM puncak alam… ini adalah hasil atau dapatan kami…

Kami melihat terdapat 7 orang pelajar yang mengetahui tentang sistem pendidikan yang dijalankan oleh masyarakat China di Malaysia… Hal ini mungkin adalah kerana mereka mempunyai sahabat berbangsa cina dan pernah bertanyakan soal pendidikan di sekolah mereka… namun ada juga yang mengetahui sistem pendidikan masyarakat cina kerana pernah dihantar bersekolah oleh ibu bapa mereka…

kami sempat memberi borang soal selidik kepada sekumpulan pelajar yang sedang belajar bersama di pondok berhampiran casurina 1....


Soalan yang seterusnya… terdapat 3 orang pelajr yang mengetahui persamaan antara kedudukan wanita pada zaman tamadun China dan tamadun Islam… iaitu kedudukan wanita diangkat tinggi oleh masyarakat cina kerana wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan tradisional cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan social cina… wanita juga memainkan peranan penting dalam hal keluarga…

terima kaseh kepada peljar-pelajar ini kerana memberi kami ruang untuk menyoal selidik...
Soalan ini memperoleh 15 persetujuan daripada pelajar iaiatu pengetahuan mereka tentang bahasa pertuturan yang diguna pakai oleh masyarakat China di sekolah iaiti bahasa mandarin… bahasa ini duguna pakai di sekolah kebangsaan yang mempunyai campuran pelajar berbangsa melayu, cina dan india… bahasa ini dianggap bahasa formal di sekolah…

Terdapat 3 pelajar yang bersetuju mengetahui pengaruh agama Islam telah diadaptasikan dalam sistem kekeluargaan masyarakat orang China… hal ini mungkin kerana mereka membayangkan bahawa system kekeluargaan masyarakat cina adalah bertentangan dengan ajaran islam…

kami telah pergi ke rumah responden yang berada di rafflesia 4...

Kemudian, 10 orang telah menyetujui soalan tentang mengetahui nilai sosial masyarakat China di Malaysia… ini adalah kerana kita semua satu masyarakat berada dalam satu Negara… jadi logiknya kita untuk sedar akan social masyarakat cina yang berlaku di Malaysia…

Selain itu, 9 orang pelajar melibatkan diri pada musim perayaan china di tempat kediaman… mereka terlibat dalam tahun baru china lazimnya… mereka akan ke sana untuk menyaksikan tarian singa yang sangat menarik… melihat suasan perayaan yang penuh dengan warna merah… dan yang paling ditunggu-tunggu mereka ialah penerimaan angpau…

responden ini pula tinggal di casuarina 3...
Hanya 3 orang pelajar sahaja yang mengetahui system tulisan yang digunakan oleh masyarakat tamadun china di Malaysia… hal ini mungkin kerana mereka yang lain tidak mengenali tulisan china dan perbezaan tulisan yang digunakan di Malaysia dengan tulisan yang lain… bagi mereka semua tulisan china kelihatan sama sahaja…

13 orang pelajar percaya bahawa masyarakat chuna penuh dengan nilai murni dan kesusilaan kerana bagi mereka , masyarakat china sememangnya mempunyai nilai-nilai murni seperti rajin… menghormati orang tua… dan sangat mementingkan pelajaran …dimana ada di antara anak-anak cina yang baru memperoleh gadget canggih seperti smartphone oleh ibu bapa mereka… kerana tidak mahu anak mereka lalai dalam pelajaran… berbanding anak orang melayu yang hanya di suap oleh ibubapa mereka…

6 orang pelajar mengakui mengetahui akan adat dan budaya masyarakat orang cina… dimana sewaktu kematian… orang cina tidak boleh memakai pakaian yang meriah atau melibatkan diri dalam apa-apa perayaan sewaktu berkabung… pemberian angpau pula dikatakan hanya orang yang sudah berkahwin sahaja yang harus memberi angpau… bagi yang belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut mereka tidak boleh memberi angpau… dalam soal perkahwinan… pengantin harus menghidangkan the kepada orang yang lebih dewasa daripada mereka… hasil ini kami dapati setelah bertanyakan kepada pelajar yang disoal selidik ini…

ini adalah borang selidik yang sudah disemak...

Antara nilai dalam tamadun china dalam kehidupan seharian… yang responden kami dapati ialah… menghormati ibu bapa… patuh kepada arahan orang tua… mementingkan pelajaran dan ilmu… mestilah menjadi seorang yang orang menjaga kebersihan… sifat yang rajin… dan sebagainya… J

SESI PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT 2

PENGGUNAAN BORANG SELIDIK

Projek luar kami yang seterusnya seperti yang di pelankan dalam pelan kerja kami sebelum ini, ialah kami akan mengagihkan borang soal selidik kami ke atas pelajar uitm puncak alam. Borang ini telah diberikan secara rawak tanpa melihat jantina, umur,kaum, fakulti mahupun ‘course’ yang di ambil.

Objektif projek luar kami kali ini adalah untuk melihat sejauh mana pelajar kita sebagai pelajar UITM mahupun sebagai pelajar Malaysia, mengenali sejarah tamadun china.

Adakah pelajar kita mengambil berat atau cuma memandang remeh akan hal kaum lain di Negara kita ini? Adakah mereka mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang tamadun china ini? Dengan itu, projek soal selidik ini telah dijalankan dan ianya mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar kita.


Ini adalah contoh borang soal selidik kami J

borang soal selidik...




DAPATAN ATAU HASIL PENGISIAN ILMU

Kami telah mengedar ‘broshure’ kami kepada beberapa pelajar, dan kami melihat pandangan mereka...

Pandangan pelajar 1

"Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah dan syukur kepada illahi kerana memberi peluang kepada saya untuk sedikit sebanyak menerima ilmu daripada kumpulan tamadun china... melihatkan kepada ‘broshure’ ni saya dapat kenalpasti apa itu perbandingan antara tamadun china dan islam dan tamadun lain dari aspek social dan pendidikan... rupanya ada sahaja persamaan ajaran islam dan tamadun china... sebagai contoh konsep kekeluargaan itulah... sememannnya keluarga adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan bermasyarakat...”

                 (FARAH SYAZWANI- SARJANA MUDA KEJURURAWATAN, UITM PUNCAK ALAM)

pelajar 1 nie... yang tu... yang pakai tudung hitam tu... hihi terima kaseh awak..!!
Pandangan pelajar 2

“ assalamualaikum... apa yang saya dapat daripada ‘broshure’ ni mungkin tentang wujudnya sistem peperiksaan awam dalam tamadun china... sejarah ini sebenarnya pernah dipelajari sewaktu sekolah menengah...dan kemudian tentang perbandingan dalam aspek social dan pendidikan tamadun china dengan tamadun-tamadun lain...”
                 (SITI NAZIRAH BINTI YUNUS- SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN, UITM PUNCAK ALAM)

pelajar 2 pulak... yang pakai baju kotak2 tu... awak pun saya cakap terima kaseh jugak..!!
Gambar-gambar sepanjang sesi perkongsian dijalankan:

tempat ni kat bilik rekreasi casuarina 1..

salah seorang member kami tengah terangkan pasal perbezaan tamadun china dgan yang lain...

haaa.. tengok tu khusyuk tak responden kami dengar...!!

Kami bersyukur ke hadrat illahi kerana memperlancarkan urusan kami pada waktu ini... diharapkan segala usaha kami dalam sesi pengaplikasian pengetahuan ini dapat memberi manfaat kepada kami dan juga sahabat-sahabat yang lain... amin...:)

SESI PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT 1

PENGGUNAAN ‘BROSHURE’

Alhamdulillah... pada 20 November 2014,kami telah diberi ilham untuk mengaplikasikan pengetahuan kami terhadap tamadun china dengan cara memberi manfaat kepada pelajar UITM di sini...

Kami telah bersama-sama mengedarkan ‘broshure’ yang dibuat sendiri... kepada beberapa sahabat kita di sekitar kolej kediaman Casuarina, Angsana dan Rafflesia...

Topik perkongsian kami kali ini ialah ‘PENGISIAN ILMU – TAMADUN CHINA’dengan besertakan objektif kami adalah untuk memberi pendedahan tentang aspek pendidikan dan social tamadun china... selain untuk memberi perbandingan antara tamadun china dengan tamadun lain... dan untuk memberi perbandingan yang lampau dan terkini...
Ini ialah contoh ‘broshure’ kami... :)

ini adalah muka hadapan pamplet kami...

ini bahagian belakang...