Masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan
kesusasteraan...Matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam kerajaan.
Terdapat 3 tahap pendidikan, iaitu;
- · sekolah rendah
- · menengah
- · tinggi
Peringkat sekolah rendah - menumpukan kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan Sembilan buku suci tanpa memahami maknanya
Peringkat menengah - menumpukan kepada karangan dan kesusasteraan
Peringkat tinggi - menterjemah buku suci
ini adalah contoh tulisan ideogram yang perlu dipelajari sewaktu peringkat sekolah rendah... |
ini pula contoh buku-buku suci yang perlu dihafal sebelum atau tanpa perlu mengenal erti nya... |
MATLAMAT PENDIDIKAN TAMADUN CHINA
Untuk memenuhi
keperluan kerajaan dan Negara...
• Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk
mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan
keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara...
• Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan
pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan...
• Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya
supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan
politik dan keharmonian masyarakat...
• Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi
politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok
elit (scholargentry)...
• Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan
etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik
Maharaja China dan kerajaannya.
Peperiksaan awam...
• Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan...
• Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil
peperiksaan...
• Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan
menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China...
• Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur
hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)
Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan...
• Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.
• Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang
diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan
Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.
• Five Classics ialah Shu Ching (Book of History),
Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites)
dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).
• The Four Books terdiri daripada Annalests, Great
Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.
Untuk membezakan golongan elit
(pemerintah) dan golongan massa (diperintah)...
• Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.
• Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang
berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man).
• Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
• Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan
hierarki masyarakat China tradisional.
Untuk memilih pegawai
kerajaan (birokrasi)...
• Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.
• Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan
dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah.
• Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti
Ching pada tahun 1911.
Untuk menyebarkan
pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China...
- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.
golongan bijak pandai ialah golongan yang sudah pandai atau erti untuk menulis dan memahami falsafah yang tersedia ada dan menyebarkan pemikiran pemikir terkenal china... |
No comments:
Post a Comment