.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

REFLEKSI DIRI

Alhamdullillah… sepanjang projek ctu kami ini… tamadun china… untuk aspek social dan pendidikan ini… kami sekumpulan telah mempelajari banyak perkara baru dan juga yang lama… ( menambah ilmu yang sudah ada) … dan kami telah menceritakan segala tentang pemahaman kami … dan pengisian ilmu kami… juga dapatan hasil kerja kami…serta jalan cerita kami di blog ini…

Jadi sebagai refleksi diri… masyarakat cina sememangnya kita kenali mereka dengan sikap yang mementingkan ilmu… masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… masyarakat yang pembersih… masyarakat yang amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibu bapa…

Sikap pentingkan ilmu  ini sangat dituntut oleh semua orang seharusnya… tidak kiralah berlainan jenis kaum, bangsa , agama, taraf hidup… ianya sepatutnya tersemat di hati semua orang.. terutamanya PELAJAR seperti kami…  dengan melihat kan kerajinan masyarakat cina dalam mencari ilmu… kami sehati sejiwa untuk tanamkan niat di dada kami ini agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita kami… jika orang cina boleh lakukannya … kenapa tidak kami… In sya allah…

Orang cina sebagai masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… rakan sekelas kami bercerita tentang pengalamannya melihat seorang anak cina yang tegas terhadap ibunya yang mempunyai masalah kaki… hal ini jika dilihat secara positif… sebenarnya anak ini tidak mahu ibunya malas dalam memulihkan kesihatan beliau… sekiranya anak itu tidak tegas… maka si ibu tadi akan malas untuk melakukan senaman kaki dan kemudian akan lambat pulih… jadi apa yang kami dapat peroleh di sini ialah… kita seharusnya tegas dan mempunyai sikap berdikari dalam menjalani kehidupan… kerana sekiranya kita abaikan sikap ini… nescaya kita akan menjadi seorang yang cuma tahu disuap… tetapi tidak pandai menyuap…

Seterusnya masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibubapa… orang cina menerima agama Confucius yang meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li), iaitu anak patuh pada ibu bapa…Adik patuh pada abang… Isteri patuh pada suami… Murid patuh pada guru…Rakyat patuh pada raja… dimana 3 yang terawal membabitkan hubungan di dalam satu keluarga… ianya tidak lari dengan ajaran islam yang menunutut kita untuk melakukan perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan kerana … berdasarkan al-Quran…  hubungan anak dan ibu bapa adalah berdasarkan hak dan tanggungjawab…


Dengan ini… apa yang kami dapat simpulkan ialah… tamadun china mempunyai sesuatu yang kita boleh ikuti dalam seharian hideup kita… dengan ini juga… berakhirlah projek titas kami… di dalam blog ini… berakhirlah kisah dan coretan’ Islamic studies’ (kami…) In sya allah jika ada penambah baikan kami akan perbaiki lagi… diharapkan anda semua mendapat manfaat dalam menerokai blog kami ini … shukran…J

No comments:

Post a Comment