.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

BUDAYA TAMADUN CHINA

Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun temurun yang lampau. 

Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina keseluruhannya...

Sistem Etika dan Orientasi Nilai

Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi  budaya Cina iaitu: -
  • ·        Hubungan antara  pemerintah dengan seorang rakyat.
  • ·        Hubungan antara  bapa dengan anak lelakinya.
  • ·        Hubungan antara  abang dengan adik lelakinya.
  • ·        Hubungan antara suami dengan isterinya.
  • ·        Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.


Tiga daripada hubungan  tersebut merupakan hubungan antara ahli  keluarga. Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan  menjadi suatu bentuk hubungan kekeluargaan.

Kesemuanya ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina ,  Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat

Nilai-nilai dalam bidang pendidikan

Berdasarkan kefahaman masyarakat Cina, suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang beradap dan bersopan.  Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat –adat semasa  kelahiran, upacara perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain. 

Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.  Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.

Nilai-nilai sosial

Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua ahli masyarakat berkumpul  dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina. Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun.  

Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan ciri – ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina yang telah diwarisi lama dahulu.

No comments:

Post a Comment