Dari aspek Bahasa
Apakah bahasa yang digunakan pada zaman
dahulu?
Bahasa hokkien adalah bahasa yang sering
digunakan pada zaman dahulu di Malaysia. Hal ini kerana orang-orang Hokkien
adalah berketurunan peneroka Cina yang terawal di Semenanjung Malaysia yang
berasal dari Fujian. Pada ketika itu, majoriti orang Cina menggunakan bahasa
Hokkien sebagai bahasa perdagangan untuk bertutur dengan oarang-orang Cina lain
di kawasan tertentu.
Apakah bahasa yang sering digunakan
sekarang?
Bahasa yang lazim digunakan sekarang ialah
bahasa mandarin. Hal ini kerana bahasa mandarin telah dijadikan sebagai bahasa
formal dalam pendidikan formal di sekolah-sekolah cina di Malaysia, bahkan di
sekolah kebangsaan dan menengah melayu yang mempunyai subjek cina sebagai
subjek sampingan.
Dari aspek Perkahwinan
Bagaimankah proses perkahwinan orang cina
pada zaman dahulu dijalankan? Adakah calon suami dan isteri dipilih keluarga?
Calon isteri mahupun suami akan dipilih
oleh keluarga melalui beberapa proses. Pertama sekali, adat merisik dijalankan
bagi mengetahui latar belakang gadis yang diingini. Seterusnya, hari
pertunangan akan dilangsungkan berdasarkan kalendar Cina. Tarikh pertunangan
tersebut hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan
tersebut. Penyampaian hadiah perkahwinan dan pemilihan hari perkahwinan.
Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin
perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri.
Dari aspek Budaya
Apakah antara budaya dan adat dalam
masyarakat cina?
Menurut puan, masyarakat cina seharusnya
menghormati orang cina yang lebih tua daripada mereka. Contohnya, semasa makan,
orang muda perlulah orang tua makan dahulu sebelum meraka boleh menikmati
makanan. Orang cina juga setia pada negara, taat pada ibubapa dan
melindungi keluarga.
Sewaktu perayaan cina diadakan , apakah
yang sering dilakukan oleh masyarakat china?
Sewaktu tahun baru cina, masayarakat cina
mangadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan ahli keluarga untuk
merayakannya di malam tahun baru. Perayaan ini diserikan dengan adat orang tua
memberi angpau kepada kanak-kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan rumah
tangga. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain
merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik
sepanjang tahun.
Tarian singa dipersembahkan sempena
perayaan ini, adalah untuk menghalau kuasa jahat seperti syaitan dan iblis. Ia
juga dilihat sebagai mengundang perkara yang baik-baik. Kadang kala tarian
singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang tahun dipenuhi
rahmat dan hujan.
Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina
adalah perayaan Chap Goh Meh.
Dari aspek Agama
Apakah agama bagi kaum china pada zaman
dahulu dan sekarang? Adakah mengalami perubahan?
Orang Cina pada zaman dahulu merupakan
penganut agama Buddha atau Taoism. Orang Cina mengamalkan sejenis agama
integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddha, Taoism, Konfusianisme ,
dan penyembahan nenek moyang. Tapi pada zaman sekarang , sebagai contohnya
Malaysia, terdapat masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam
,dan sebagainya.
Dari aspek Pendidikan
Apakah perbezaan yang boleh dilihat antara
taraf pendidikan cina pada zaman dahulu dan sekarang?
Matlamat pendidikan China zaman dahulu
adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka
menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dapat mengubah kedudukan mereka
dalam masyarakat. Zaman sekarang lebih kepada ingin melahirkan pelajar yang
bermoral tinggi.
Apakah pendapat puan tentang pendidikan
cina di Malaysia sekarang?
Menurut puan Ah Kiew,sistem pendidikan
cina lebih berkesan. Contohnya pendidikan cina di Malaysia lebih menekankan
kepada pembacaan dan subjek IT diwajibkan ambil di sekolah cina. Jadi ia
sememangnya cara yang efektif untuk melahirkan pelajar yang pandai dan rajin.
Dari aspek Sosial
Apakah pendapat puan tentang sikap muda
cina zaman dahulu dan sekarang?
Orang muda cina pada zaman dahulu sangat
rajin dan sanggup keluar Bandar untuk mencari kerja. Tak kurang juga orang muda
sekarang , mereka juga rajin dalam pelajaran.
Apakah pesanan terakhir puan kepada remaja
cina diluar sana?
Puan
Ah Kiew berharap agar remaja cina diluar sana akan menghormati orang tua
terutamanya ibu bapa sebagaimana yang ada dalam tradisi mereka dan jangan
pernah lupa asal usul mereka sebagai orang cina sambil mengekalkan tradisi
merka turun temurun, dan menghormati ilmu dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment