.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

SISTEM ORGANISASI SOSIAL

Dalam organisasi social atau susun lapis dalam tamadun china, Raja menduduki lapisan yang paling atas. Lapisan yang seterusya ialah terdiri daripada golongan bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan. Golongan petani , artisan dan pedagang menduduki lapisan yang ketiga. Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar Bandar. Golongan artisan juga wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu gangsa.  Lapisan paling bawah adalah terdiri daripada golongan hamba.

Raja(Maharaja)

  • ·        Menduduk hierarki yang paling atas
  • ·        Berasal daripada golongan pewira dan bangsawan
  • ·        Mempunyai kuasa mutlak
  • ·        Mendapat mandate Tuhan (Tuhan telah menganugerahi maharaja  ke atas kuasa untuk memerintah dari segi politik, ekonomi dan social dan kuasa tersebut boleh ditarik balik)
  • ·        Boleh diguling jika berlaku bencana alam kerana dikatakan telah hilang mandate daripada Tuhan untuk memerintah
  • ·        Contoh maharaja yang terkenal ialah Shih Huang Ti

Golongan Bangsawan

  • ·        Berada dlm hierarki kedua
  • ·        Terdiri drpd kerabat diraja
  • ·        Amat berpengaruh dlm pentadbiran krn membantu maharaja dlm pemerintahan
  • ·        Jawatan yg dipengang adalah jawatan yg tinggi seperti diperingkat pusat atau peringkat wilayah
  • ·        Contoh jawatan penting yg disandang adalah seperti panglima perang, pentadbiran wilayah dan gabenor wilayah


Golongan Petani

  • ·        Berada dlm hierarki ke-4
  • ·        Terdiri drpd rakyat bias
  • ·        Dianggap mulia krn mereka yg membekalkan makanan kpd semua penduduk di China
  • ·        Merupakan golongan yg paling miskin

Golongan Artisan, Peniaga dan Askar

  • ·        Berada dlm hierarki yg ke-5
  • ·        Mempunyai taraf yg sama dlm struktur social
  • ·        Artisan bertindak sebagai tulang mahir yg membuat peralatan utk memenuhi kegiatan ekonomi
  • ·        Peniaga terlibat dlm perdagangan dan perniagaan (sesetengah nya amat dibenci oleh masyarakat China krn mereka sanggup melakukan tipu helah utk mendapatkan keuntungan yg bnyk)
  • ·        Askar menjaga keselamatan drpd musuh

 Golongan Hamba

  • ·        Berada dlm kedudukan paling bawah dlm masyarakat
  • ·        Tidak dihormati krn dianggap sbg sampah masyarakat
  • ·        Banyak terdiri drpd anak permpuan dijual semasa kecil krn masyarakat China dahulu tidak suka anak perempuan
  • ·        Mereka biasa menjadi pembantu rumah , buruh, pelakon opera, pelacur, atau digunakan utk tujuan korban dlm upacara penyerahan
  • ·        Contohnya, Hamba berhutang- mereka akan menjadi hamba sehingga hutang diselesaikan. Hamba tawanan perang



1 comment:

  1. Thank you, good content, but preferably guna appropriate BM, avoid guna short form, and please sync kan your points dengan rajah.

    ReplyDelete