30/10/2014
Pada tarikh tersebut… Alhamdulillah kami sekumpulan telah mengunjungi
ke Universiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang… sambil-sambil bertemu
sua dengan kawan-kawan lama kami yang kami kenal sewaktu belajar di matrikulasi
atau asasi yang menyambung pelajaran mereka di UPM… J
Namun tujuan utama kami untuk
singgah di UPM tetap kami kejar… Alhamdulillah, sepanjang berada di UPM kami
mendapat sedikit pendedahan tentang gambaran kehidupan masyarakat cina di UPM…
tujuan kami memeilih UPM ini adalah kerana upm memepunyai sebilangan besar
pelajar yang berlainan kaum… untuk dibandingkan dengan UITM kita yang hanya
mempunyai peljar melayu, sabah dan Sarawak… UPM juga menjadi lokasi kami kerana
bagi kami ianya adalah yang terdekat dengan UITM ini…
lihatlah mereka walaupun sedang makan mereka masih berbicang soal pelajaran... |
Kami datang melihat persekitaran kehidupan
kaum cina di UPM… Bagaimana mereka ‘adapt’ dengan situasi dan persekitaran
belajar di UPM… Bagaimana cara mereka belajar… Adakah mereka mempunyai sifat ‘racist’
dengan kaum lain… semuanya itu akan kami ketahui dan dapati di sini…
kalau dilihat dari sini orang cina tidak kedekut dalam memberi ilmu kepada rakan-rakannya yang bukan cina... |
Hasil pemerhatian kami ataupun ‘observation’
kami… kami dapat simpulakan bahawa pelajar cina ialah seorang yang mempunyai
sifat pentingkan ilmu… dimana mereka ialah yang jenis akan mencari guru ataupun
pensyarah walau dimana jua untuk bertanyakan soalan … dan walaupun hanya lah
satu soalan yang sangat simple… mereka juga tidak mempunyai sifat kedekut ilmu…
mereka sanggup mengajar rakan mereka walaupun berlainan bangsa dan kaum… ini menunjukkan ada sesetengah masyarakat cina
tidak mempunyai sifat ‘racist’ dalam diri mereka…
mereka sanggup menimba ilmu walau dimana mereka berada... |
Sesetengah mereka apabila ditanya
tentang barang-barang mewah atau canggih seperti smartphone… mereka akan
berkata bahawa ibu bapa mereka tidak akan membelikan untuk mereka sehinggalah
mereka mampu menguruskan diri mereka… hal ini kerana ibu bapa mereka tidak
ingin anak-anak mereka lalai dalam pelajaran…
Secara keseluruhan, kami bersyukur
kerana diberi peluang untuk melawat tempat-tempat sebegini bukan hanya kerana
ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk projek kami, malah ia juga dapat
menerapkan nilai dan pengajaran kepada kami…
No comments:
Post a Comment