.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

BAHASA DAN KESUSATERAAN

Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang – orang Cina  banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat...



Dalam tradisi kesusasteraan Cina,  bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih, sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina...



KESENIAN DAN KALIGRAFI

Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut... 

Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini...





Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya...





KESENIAN SERAMIK

Seramik dan tembikar juga merupakan  seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun  merujuk tembikar sebagai “China”.

Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
  • ·        Seramik Seladon(celadonware)yang berasal dari Dinasti Sung. 
  • ·        Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.


Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China. Contohnya, batu jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan...




Tembikar biru-putih (blue-and - white porcelain) merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina...




No comments:

Post a Comment