.

.

Message From Us

" this blog is used to share you something that we have been assigned to search about chinese civilization as much as possible... on the other hand, this blog is one of our ctu 551 assignment given by our ustazah... hope our share can help you... tq!!"

Tuesday, December 16, 2014

REFLEKSI DIRI

Alhamdullillah… sepanjang projek ctu kami ini… tamadun china… untuk aspek social dan pendidikan ini… kami sekumpulan telah mempelajari banyak perkara baru dan juga yang lama… ( menambah ilmu yang sudah ada) … dan kami telah menceritakan segala tentang pemahaman kami … dan pengisian ilmu kami… juga dapatan hasil kerja kami…serta jalan cerita kami di blog ini…

Jadi sebagai refleksi diri… masyarakat cina sememangnya kita kenali mereka dengan sikap yang mementingkan ilmu… masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… masyarakat yang pembersih… masyarakat yang amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibu bapa…

Sikap pentingkan ilmu  ini sangat dituntut oleh semua orang seharusnya… tidak kiralah berlainan jenis kaum, bangsa , agama, taraf hidup… ianya sepatutnya tersemat di hati semua orang.. terutamanya PELAJAR seperti kami…  dengan melihat kan kerajinan masyarakat cina dalam mencari ilmu… kami sehati sejiwa untuk tanamkan niat di dada kami ini agar belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita kami… jika orang cina boleh lakukannya … kenapa tidak kami… In sya allah…

Orang cina sebagai masyarakat yang berdisiplin dan berdikari… rakan sekelas kami bercerita tentang pengalamannya melihat seorang anak cina yang tegas terhadap ibunya yang mempunyai masalah kaki… hal ini jika dilihat secara positif… sebenarnya anak ini tidak mahu ibunya malas dalam memulihkan kesihatan beliau… sekiranya anak itu tidak tegas… maka si ibu tadi akan malas untuk melakukan senaman kaki dan kemudian akan lambat pulih… jadi apa yang kami dapat peroleh di sini ialah… kita seharusnya tegas dan mempunyai sikap berdikari dalam menjalani kehidupan… kerana sekiranya kita abaikan sikap ini… nescaya kita akan menjadi seorang yang cuma tahu disuap… tetapi tidak pandai menyuap…

Seterusnya masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan dan juga ibubapa… orang cina menerima agama Confucius yang meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li), iaitu anak patuh pada ibu bapa…Adik patuh pada abang… Isteri patuh pada suami… Murid patuh pada guru…Rakyat patuh pada raja… dimana 3 yang terawal membabitkan hubungan di dalam satu keluarga… ianya tidak lari dengan ajaran islam yang menunutut kita untuk melakukan perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan kerana … berdasarkan al-Quran…  hubungan anak dan ibu bapa adalah berdasarkan hak dan tanggungjawab…


Dengan ini… apa yang kami dapat simpulkan ialah… tamadun china mempunyai sesuatu yang kita boleh ikuti dalam seharian hideup kita… dengan ini juga… berakhirlah projek titas kami… di dalam blog ini… berakhirlah kisah dan coretan’ Islamic studies’ (kami…) In sya allah jika ada penambah baikan kami akan perbaiki lagi… diharapkan anda semua mendapat manfaat dalam menerokai blog kami ini … shukran…J

PROJEK TERAKHIR KAMI - PEMBUATAN PADLET

30/11/2014

    Setelah perjalanan projek kami hampir ke penghujungnya, kami dikehendaki untuk membuat padlet sebagai pembentangan terakhir kami. Pembentangan ini akan berlangsung pada minggu ke 14...

ini adalah padlet akhir kami...
Semua isi yang ingin dibentangkan adalah berdasarkan dapatan kajian kami sepanjang projek ini dilaksanakan...

dapatan kajian kami...

    Sepanjang projek ini berlangsung banyak iktibar dan pengajaran yang kami perolehi dan diharap kepada siapa yang kami beri manfaat itu melalui pamphlet dan usrah akan mendapat kesannya... In shaa Allah…

layarilah... http://padlet.com/uwa95_leo/chinactu551

PERBINCANGAN TENTANG PADLET DAN DAPATAN KAJIAN

26/11/2014

Pada hari tersebut kami telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan tentang padlet. Tetapi demi menjimatkan masa, kami membincangkan sekali tentang dapatan kajian setakat ini dalam projek kami sebelum pembentangan terakhir projek kami...

kami melakukan perbincangan kali ini di PTAR perpustakaan yang hanya ada di puncak alam...

Perbincangan padlet kami merangkumi semua aspek yang telah kami post kan di blog sebelum ini. Termasuklah pengenalan tentang aspek pendidikan dan sosial tamadun china, temubual bersama responden, dan manfaat yang telah diberikan kepada pelajar uitm dalam memahami tamadun china...

disebabkan keselesaan yang ada kami mengadakan perbincangan lebih lama sedikit... untuk membincangkan tentang padlet... dan dapatan kajian kami...

DAPATAN ATAU HASIL SESI SOAL SELIDIK


Kami telah mengedarkan sebanyak 15 helai borang soal selidik... kepada 15 orang pelajar UITM puncak alam… ini adalah hasil atau dapatan kami…

Kami melihat terdapat 7 orang pelajar yang mengetahui tentang sistem pendidikan yang dijalankan oleh masyarakat China di Malaysia… Hal ini mungkin adalah kerana mereka mempunyai sahabat berbangsa cina dan pernah bertanyakan soal pendidikan di sekolah mereka… namun ada juga yang mengetahui sistem pendidikan masyarakat cina kerana pernah dihantar bersekolah oleh ibu bapa mereka…

kami sempat memberi borang soal selidik kepada sekumpulan pelajar yang sedang belajar bersama di pondok berhampiran casurina 1....


Soalan yang seterusnya… terdapat 3 orang pelajr yang mengetahui persamaan antara kedudukan wanita pada zaman tamadun China dan tamadun Islam… iaitu kedudukan wanita diangkat tinggi oleh masyarakat cina kerana wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan tradisional cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan social cina… wanita juga memainkan peranan penting dalam hal keluarga…

terima kaseh kepada peljar-pelajar ini kerana memberi kami ruang untuk menyoal selidik...
Soalan ini memperoleh 15 persetujuan daripada pelajar iaiatu pengetahuan mereka tentang bahasa pertuturan yang diguna pakai oleh masyarakat China di sekolah iaiti bahasa mandarin… bahasa ini duguna pakai di sekolah kebangsaan yang mempunyai campuran pelajar berbangsa melayu, cina dan india… bahasa ini dianggap bahasa formal di sekolah…

Terdapat 3 pelajar yang bersetuju mengetahui pengaruh agama Islam telah diadaptasikan dalam sistem kekeluargaan masyarakat orang China… hal ini mungkin kerana mereka membayangkan bahawa system kekeluargaan masyarakat cina adalah bertentangan dengan ajaran islam…

kami telah pergi ke rumah responden yang berada di rafflesia 4...

Kemudian, 10 orang telah menyetujui soalan tentang mengetahui nilai sosial masyarakat China di Malaysia… ini adalah kerana kita semua satu masyarakat berada dalam satu Negara… jadi logiknya kita untuk sedar akan social masyarakat cina yang berlaku di Malaysia…

Selain itu, 9 orang pelajar melibatkan diri pada musim perayaan china di tempat kediaman… mereka terlibat dalam tahun baru china lazimnya… mereka akan ke sana untuk menyaksikan tarian singa yang sangat menarik… melihat suasan perayaan yang penuh dengan warna merah… dan yang paling ditunggu-tunggu mereka ialah penerimaan angpau…

responden ini pula tinggal di casuarina 3...
Hanya 3 orang pelajar sahaja yang mengetahui system tulisan yang digunakan oleh masyarakat tamadun china di Malaysia… hal ini mungkin kerana mereka yang lain tidak mengenali tulisan china dan perbezaan tulisan yang digunakan di Malaysia dengan tulisan yang lain… bagi mereka semua tulisan china kelihatan sama sahaja…

13 orang pelajar percaya bahawa masyarakat chuna penuh dengan nilai murni dan kesusilaan kerana bagi mereka , masyarakat china sememangnya mempunyai nilai-nilai murni seperti rajin… menghormati orang tua… dan sangat mementingkan pelajaran …dimana ada di antara anak-anak cina yang baru memperoleh gadget canggih seperti smartphone oleh ibu bapa mereka… kerana tidak mahu anak mereka lalai dalam pelajaran… berbanding anak orang melayu yang hanya di suap oleh ibubapa mereka…

6 orang pelajar mengakui mengetahui akan adat dan budaya masyarakat orang cina… dimana sewaktu kematian… orang cina tidak boleh memakai pakaian yang meriah atau melibatkan diri dalam apa-apa perayaan sewaktu berkabung… pemberian angpau pula dikatakan hanya orang yang sudah berkahwin sahaja yang harus memberi angpau… bagi yang belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut mereka tidak boleh memberi angpau… dalam soal perkahwinan… pengantin harus menghidangkan the kepada orang yang lebih dewasa daripada mereka… hasil ini kami dapati setelah bertanyakan kepada pelajar yang disoal selidik ini…

ini adalah borang selidik yang sudah disemak...

Antara nilai dalam tamadun china dalam kehidupan seharian… yang responden kami dapati ialah… menghormati ibu bapa… patuh kepada arahan orang tua… mementingkan pelajaran dan ilmu… mestilah menjadi seorang yang orang menjaga kebersihan… sifat yang rajin… dan sebagainya… J

SESI PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT 2

PENGGUNAAN BORANG SELIDIK

Projek luar kami yang seterusnya seperti yang di pelankan dalam pelan kerja kami sebelum ini, ialah kami akan mengagihkan borang soal selidik kami ke atas pelajar uitm puncak alam. Borang ini telah diberikan secara rawak tanpa melihat jantina, umur,kaum, fakulti mahupun ‘course’ yang di ambil.

Objektif projek luar kami kali ini adalah untuk melihat sejauh mana pelajar kita sebagai pelajar UITM mahupun sebagai pelajar Malaysia, mengenali sejarah tamadun china.

Adakah pelajar kita mengambil berat atau cuma memandang remeh akan hal kaum lain di Negara kita ini? Adakah mereka mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang tamadun china ini? Dengan itu, projek soal selidik ini telah dijalankan dan ianya mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar kita.


Ini adalah contoh borang soal selidik kami J

borang soal selidik...




DAPATAN ATAU HASIL PENGISIAN ILMU

Kami telah mengedar ‘broshure’ kami kepada beberapa pelajar, dan kami melihat pandangan mereka...

Pandangan pelajar 1

"Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah dan syukur kepada illahi kerana memberi peluang kepada saya untuk sedikit sebanyak menerima ilmu daripada kumpulan tamadun china... melihatkan kepada ‘broshure’ ni saya dapat kenalpasti apa itu perbandingan antara tamadun china dan islam dan tamadun lain dari aspek social dan pendidikan... rupanya ada sahaja persamaan ajaran islam dan tamadun china... sebagai contoh konsep kekeluargaan itulah... sememannnya keluarga adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan bermasyarakat...”

                 (FARAH SYAZWANI- SARJANA MUDA KEJURURAWATAN, UITM PUNCAK ALAM)

pelajar 1 nie... yang tu... yang pakai tudung hitam tu... hihi terima kaseh awak..!!
Pandangan pelajar 2

“ assalamualaikum... apa yang saya dapat daripada ‘broshure’ ni mungkin tentang wujudnya sistem peperiksaan awam dalam tamadun china... sejarah ini sebenarnya pernah dipelajari sewaktu sekolah menengah...dan kemudian tentang perbandingan dalam aspek social dan pendidikan tamadun china dengan tamadun-tamadun lain...”
                 (SITI NAZIRAH BINTI YUNUS- SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN, UITM PUNCAK ALAM)

pelajar 2 pulak... yang pakai baju kotak2 tu... awak pun saya cakap terima kaseh jugak..!!
Gambar-gambar sepanjang sesi perkongsian dijalankan:

tempat ni kat bilik rekreasi casuarina 1..

salah seorang member kami tengah terangkan pasal perbezaan tamadun china dgan yang lain...

haaa.. tengok tu khusyuk tak responden kami dengar...!!

Kami bersyukur ke hadrat illahi kerana memperlancarkan urusan kami pada waktu ini... diharapkan segala usaha kami dalam sesi pengaplikasian pengetahuan ini dapat memberi manfaat kepada kami dan juga sahabat-sahabat yang lain... amin...:)

SESI PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT 1

PENGGUNAAN ‘BROSHURE’

Alhamdulillah... pada 20 November 2014,kami telah diberi ilham untuk mengaplikasikan pengetahuan kami terhadap tamadun china dengan cara memberi manfaat kepada pelajar UITM di sini...

Kami telah bersama-sama mengedarkan ‘broshure’ yang dibuat sendiri... kepada beberapa sahabat kita di sekitar kolej kediaman Casuarina, Angsana dan Rafflesia...

Topik perkongsian kami kali ini ialah ‘PENGISIAN ILMU – TAMADUN CHINA’dengan besertakan objektif kami adalah untuk memberi pendedahan tentang aspek pendidikan dan social tamadun china... selain untuk memberi perbandingan antara tamadun china dengan tamadun lain... dan untuk memberi perbandingan yang lampau dan terkini...
Ini ialah contoh ‘broshure’ kami... :)

ini adalah muka hadapan pamplet kami...

ini bahagian belakang...

VIDEO 1

Video ini menunjukkan sistem peperiksaan dalam tamadun china... semoga ianya membantu anda semua untuk memahami sistem peperiksaan china dengan lebih mendalam...

source: youtube




PERBANDINGAN TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA

Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga etika.. masyarakat

Agama

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva…


Budaya

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.

Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.


Etika

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.


Masyarakat

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah.

Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.



Kesimpulannya, tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.
BAHASA DAN KESUSATERAAN

Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik Cina.Semenjak zaman Han, orang – orang Cina  banyak menumpukan perhatian kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat...



Dalam tradisi kesusasteraan Cina,  bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih, sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina...



KESENIAN DAN KALIGRAFI

Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut... 

Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi. Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini...





Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya...





KESENIAN SERAMIK

Seramik dan tembikar juga merupakan  seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun  merujuk tembikar sebagai “China”.

Terdapat dua jenis seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
  • ·        Seramik Seladon(celadonware)yang berasal dari Dinasti Sung. 
  • ·        Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.


Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China. Contohnya, batu jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti, kemuliaan dan keindahan...




Tembikar biru-putih (blue-and - white porcelain) merupakan tembikar yang sebenar kerana pakar-pakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina...




BUDAYA TAMADUN CHINA

Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun temurun yang lampau. 

Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina keseluruhannya...

Sistem Etika dan Orientasi Nilai

Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi  budaya Cina iaitu: -
  • ·        Hubungan antara  pemerintah dengan seorang rakyat.
  • ·        Hubungan antara  bapa dengan anak lelakinya.
  • ·        Hubungan antara  abang dengan adik lelakinya.
  • ·        Hubungan antara suami dengan isterinya.
  • ·        Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.


Tiga daripada hubungan  tersebut merupakan hubungan antara ahli  keluarga. Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan  menjadi suatu bentuk hubungan kekeluargaan.

Kesemuanya ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina ,  Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan masyarakat

Nilai-nilai dalam bidang pendidikan

Berdasarkan kefahaman masyarakat Cina, suatu perancangan pendidikan yang lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan seorang yang beradap dan bersopan.  Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat –adat semasa  kelahiran, upacara perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain. 

Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.  Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.

Nilai-nilai sosial

Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua ahli masyarakat berkumpul  dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina. Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun.  

Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan ciri – ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina yang telah diwarisi lama dahulu.

DAPATAN DAN HASIL TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN

Dari aspek Bahasa

Apakah bahasa yang digunakan pada zaman dahulu?

Bahasa hokkien adalah bahasa yang sering digunakan pada zaman dahulu di Malaysia. Hal ini kerana orang-orang Hokkien adalah berketurunan peneroka Cina yang terawal di Semenanjung Malaysia yang berasal dari Fujian. Pada ketika itu, majoriti orang Cina menggunakan bahasa Hokkien sebagai bahasa perdagangan untuk bertutur dengan oarang-orang Cina lain di kawasan tertentu.

Apakah bahasa yang sering digunakan sekarang?

Bahasa yang lazim digunakan sekarang ialah bahasa mandarin. Hal ini kerana bahasa mandarin telah dijadikan sebagai bahasa formal dalam pendidikan formal di sekolah-sekolah cina di Malaysia, bahkan di sekolah kebangsaan dan menengah melayu yang mempunyai subjek cina sebagai subjek sampingan.

Dari aspek Perkahwinan

Bagaimankah proses perkahwinan orang cina pada zaman dahulu dijalankan? Adakah calon suami dan isteri dipilih keluarga?

Calon isteri mahupun suami akan dipilih oleh keluarga melalui beberapa proses. Pertama sekali, adat merisik dijalankan bagi mengetahui latar belakang  gadis yang diingini. Seterusnya, hari pertunangan akan dilangsungkan berdasarkan kalendar Cina. Tarikh pertunangan tersebut hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Penyampaian hadiah perkahwinan dan pemilihan hari perkahwinan. Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri.

Dari aspek Budaya

Apakah antara budaya dan adat dalam masyarakat cina?

Menurut puan, masyarakat cina seharusnya menghormati orang cina yang lebih tua daripada mereka. Contohnya, semasa makan, orang muda perlulah orang tua makan dahulu sebelum meraka boleh menikmati makanan.  Orang cina juga setia pada negara, taat pada ibubapa dan melindungi keluarga.

Sewaktu perayaan cina diadakan , apakah yang sering dilakukan oleh masyarakat china?

Sewaktu tahun baru cina, masayarakat cina mangadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan ahli keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru. Perayaan ini diserikan dengan adat orang tua memberi angpau kepada kanak-kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan rumah tangga. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik sepanjang tahun.

Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini, adalah untuk menghalau kuasa jahat seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara yang baik-baik. Kadang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang tahun dipenuhi rahmat dan hujan.

Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

Dari aspek Agama

Apakah agama bagi kaum china pada zaman dahulu dan sekarang? Adakah mengalami perubahan?

Orang Cina pada zaman dahulu merupakan penganut agama Buddha atau Taoism. Orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang. Tapi pada zaman sekarang , sebagai contohnya Malaysia, terdapat masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Dari aspek Pendidikan

Apakah perbezaan yang boleh dilihat antara taraf pendidikan cina pada zaman dahulu dan sekarang?

Matlamat pendidikan China zaman dahulu adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat. Zaman sekarang lebih kepada ingin melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.

Apakah pendapat puan tentang pendidikan cina di Malaysia sekarang?

Menurut puan Ah Kiew,sistem pendidikan cina lebih berkesan. Contohnya  pendidikan cina di Malaysia lebih menekankan kepada pembacaan dan subjek IT diwajibkan ambil di sekolah cina. Jadi ia sememangnya cara yang efektif untuk melahirkan pelajar yang pandai dan rajin.

Dari aspek Sosial

Apakah pendapat puan tentang sikap muda cina zaman dahulu dan sekarang?

Orang muda cina pada zaman dahulu sangat rajin dan sanggup keluar Bandar untuk mencari kerja. Tak kurang juga orang muda sekarang , mereka juga rajin dalam pelajaran.

Apakah pesanan terakhir puan kepada remaja cina diluar sana?


Puan Ah Kiew berharap agar remaja cina diluar sana akan menghormati orang tua terutamanya ibu bapa sebagaimana yang ada dalam tradisi mereka dan jangan pernah lupa asal usul mereka sebagai orang cina sambil mengekalkan tradisi merka turun temurun, dan menghormati ilmu dengan sebaik-baiknya.

TEMUBUAL BERSAMA RESPONDEN

Tujuan temubual kami ini adalah untuk menyempurnakan tugasan kami dalam aspek “ Tamadun China – Pendidikan dan Sosial ”. Kami telah menggunakan kaedah temubual ini untuk mencari lebih banyak info tentang tugasan kami ini.

Pada 8 November 2014 bersamaan dengan hari sabtu, kami berempat telah memulakan perjalanan kami untuk melaksanakan projek temubual kali ini dengan menggunakan bantuan ayah kepada nur hanis untuk membawa kami ke rumah puan Ah Kiew. Puan Ah Kiew merupakan seorang suri rumah yang berusia 48 tahun. Rumahnya terletak di kajang, Selangor.

Sesampai di sana kami memberi salam sejahtera kepada puan Ah Kiew yang juga merupakan kenalan kepada salah seorang member kami,  dan memulakan temubual kami. Kami telah mengajukan soalan berkenaan tamadun china dan masyarakat china di Malaysia dalam aspek sosial dan pendidikan...




Antara kaedah dan alat yang digunakan dalam temubual ini adalah soalan temubual yang disediakan oleh kami, recorder dan juga kamera sebagai bukti temubual telah dijalankan...

ini adalah draft soalan temubual kami...



LAWATAN KE UPM

30/10/2014

Pada tarikh tersebut…  Alhamdulillah kami sekumpulan telah mengunjungi ke Universiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang… sambil-sambil bertemu sua dengan kawan-kawan lama kami yang kami kenal sewaktu belajar di matrikulasi atau asasi yang menyambung pelajaran mereka di UPM… J

Namun tujuan utama kami untuk singgah di UPM tetap kami kejar… Alhamdulillah, sepanjang berada di UPM kami mendapat sedikit pendedahan tentang gambaran kehidupan masyarakat cina di UPM… tujuan kami memeilih UPM ini adalah kerana upm memepunyai sebilangan besar pelajar yang berlainan kaum… untuk dibandingkan dengan UITM kita yang hanya mempunyai peljar melayu, sabah dan Sarawak… UPM juga menjadi lokasi kami kerana bagi kami ianya adalah yang terdekat dengan UITM ini…

lihatlah mereka walaupun sedang makan mereka masih berbicang soal pelajaran...



Kami datang melihat persekitaran kehidupan kaum cina di UPM… Bagaimana mereka ‘adapt’ dengan situasi dan persekitaran belajar di UPM… Bagaimana cara mereka belajar… Adakah mereka mempunyai sifat ‘racist’ dengan kaum lain… semuanya itu akan kami ketahui dan dapati di sini…  


kalau dilihat dari sini orang cina tidak kedekut dalam memberi ilmu kepada rakan-rakannya yang bukan cina...

Hasil pemerhatian kami ataupun ‘observation’ kami… kami dapat simpulakan bahawa pelajar cina ialah seorang yang mempunyai sifat pentingkan ilmu… dimana mereka ialah yang jenis akan mencari guru ataupun pensyarah walau dimana jua untuk bertanyakan soalan … dan walaupun hanya lah satu soalan yang sangat simple… mereka juga tidak mempunyai sifat kedekut ilmu… mereka sanggup mengajar rakan mereka walaupun berlainan bangsa dan kaum…  ini menunjukkan ada sesetengah masyarakat cina tidak mempunyai sifat ‘racist’ dalam diri mereka…

mereka sanggup menimba ilmu walau dimana mereka berada...


Sesetengah mereka apabila ditanya tentang barang-barang mewah atau canggih seperti smartphone… mereka akan berkata bahawa ibu bapa mereka tidak akan membelikan untuk mereka sehinggalah mereka mampu menguruskan diri mereka… hal ini kerana ibu bapa mereka tidak ingin anak-anak mereka lalai dalam pelajaran…


Secara keseluruhan, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat tempat-tempat sebegini bukan hanya kerana ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk projek kami, malah ia juga dapat menerapkan nilai dan pengajaran kepada kami…